12 Tips Penjagaan Kaki Bagi Wanita

Bagi memastikan anda mempunyai kaki yang sihat dan cantik, beberapa amalan seperti di bawah harus diikuti sebagai langkah penjagaan kaki yang betul dan baik.

1. Memastikan kaki sentiasa dibasuh menggunakan sabun terutamanya di celah-celah jari.

2. Keringkan kaki serta di celah-celah jari menggunakan tuala bersih selepas dibasuh.

3. Sapu losen bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Urut kaki perlahan-lahan.

4. Sekiranya berstoking, pastikan material yang digunakan adalah kain kapas yang menyerap peluh.

5. Tukar stoking setiap hari dan pastikan saiznya tidak terlalu ketat.

6. Jangan sesekali keluar dari rumah dengan tidak memakai kasut atau selipar. Dibimbangi keadaan ini membuatkan kaki mudah terpijak benda-benda tajam atau panas.

7. Pilih dan guna kasut yang bersesuaian.

8. Pilih kasut yang lembut buatannya bagi mengelakkan luka.

9. Sentiasa periksa kasut yang digunakan agar tiada benda tajam yang boleh mencederakan.

10. Kuku kaki perlu dipotong secara terus (tidak terlalu pendek). Jangan sesekali bulatkan di bahagian tepinya bagi mengelakkan kulit terluka.

11. Jangan rendam kaki lebih dari lima minit di dalam air panas.

12. Elakkan duduk dalam keadaan kaki yang bersilang dalam tempoh waktu yang lama.

Periksa kaki,tapak kaki dan di celah-celah jari setiap hari bagi mengesan rekahan kulit, kudis, bisul, perubahan warna kulit dan sebagainya.

Peruntukkan sedikit masa dengan meletakkan kaki lebih tinggi daripada badan dalam keadaan berbaring.

Baca: Panduan Tips Diet Ketika Melancong

Like Facebook Page Al-Baraqah.info

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *