6 Perkara Tentang Daun Pandan Yang Anda Patut Tahu

Daun pandan banyak kegunaannya terutamanya dikalangan masyarakat Melayu. Mari kita ikuti apakah kepentingannya yang lain yang mungkin anda tidak tahu.

1. Kuih Berbau Wangi

Jika mahukan kuih-muih berbau wangi, masukkan sedikit pati pandan dalam adunan tepung. Santan juga jika dimasak dengan daun pandan akan berbau wangi.

2. Menghalau Serangga

Letakkan beberapa helai daun pandan di sekitar kabinet dapur ataupun bonet kereta untuk menghalau lipas dan tikus.

3. Wangian Rumah

Ambil 20 helai daun pandan,lalu dihiris halus. Letak di sudut ruang tamu,akan berbau wangi. Ia boleh membantu mengatasi stress.

4. Rawatan Kesihatan

Amalan minum air rebusan pandan,mampu menurunkan tekanan darah,membaik pulih lemah syahwat,membaiki saraf,menaikkan selera makan dan masalah sendi. Caranya mudah,hanya rebus 3 helai daun pandan dengan dua cawan air. Didihkan sehingga tinggal satu cawan.

5. Mematikan Kuman dalam Darah

Jika dipraktikkan amalan minum air rebusan pandan,bukan saja ia menyegarkan tubuh badan lesu malah mematikan kuman dalam darah.

6. Menghilangkan Kelemumur

Giling daun pandan hingga halus,kemudian lumurkan pada rambut. Biarkan selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.

BACA: Tips Buat Pisau Di Dapur Anda Lebih Tahan Lama

Like Facebook Page Al-Baraqah.info

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *