Jangan Pandang Sebelah Mata HB Rendah!

Mommies sekalian,

Ambil berat jika semasa hamil Mommies ada masalah HB rendah.

Bukan saja-saja tau Cik Nurse nak marah kita. Cik Nurse marah-marah sayang tu...

Macam Mana Boleh Jadi HB Rendah?

Ibu mengandung ada kebarangkalian tinggi nak kena anemia.

Anemia disebabkan darah tidak mengandungi sel darah merah sihat yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke seluruh tisu badan termasuklah kepada baby dalam kandungan.

Apabila sel darah merah (Hemoglobin) tidak mencukupi itu yang terjadinya HB Rendah.

Semasa mengandung, badan hasilkan lebih banyak darah untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan.

---

Kalau Mommies tak dapat secukupnya iron (zat besi) ataupun nutrien-nutrien tertentu yang lain, badan Mommies mungkin tak mampu menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk menghasilkan darah tambahan.

Adalah normal kalau terkena anemia yang ringan (mild) semasa hamil.

Tapi kekurangan zat besi ataupun vitamin tertentu atas pelbagai faktor, boleh menyebabkan anemia yang teruk.

Ini boleh memudaratkan kesihatan ibu dan kandungan kalau dibiarkan.

Kesan HB Rendah Kepada Ibu Hamil

Kami nak kongsi sikit kesan-kesan buruk sekiranya Mommies membiarkan HB Rendah berterusan.

Sedia ya.

.

1)) Anak Dilahirkan Cacat

Semasa bayi dalam kandungan 5 bulan ke bawah, bayi sedang mengalami proses pembentukan organ-organ seperti otak, kepala, tangan, kaki, jantung dan lain-lain.

Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah masih cair, bayi akan CACAT seperti tiada kaki dan tangan yang sempurna.

.

2)) Tumpah Darah Semasa Mengandung Dan Bersalin

Wanita hamil yang mengalami anemia amat mudah untuk mengalaminya.

Hal ini terutamanya bagi Mommies yang mempunyai tahap hemoglobin (Hb) kurang daripada 10.

Apa yang paling menakutkan, kejadian tumpah darah terhadap ibu bersalin ini mampu membawa maut!

.

3)) Ibu Boleh Pitam Atau Pengsan

Kandungan oksigen yang berada dalam darah kurang akan menyebabkan ibu hamil mudah pitam dan pengsan.

Muka ibu hamil boleh menjadi pucat, berat badan susut dan lemah bagaikan orang tak cukup zat.

.

4)) Ibu Hamil Keguguran

Zat besi amat penting dalam pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Sekiranya zat besi dalam darah kurang dan bacaannya di bawah 11g, bayi boleh mengalami keguguran.

.

5)) Kelahiran Pramatang

Kelahiran pramatang sangat berkait rapat dengan HB rendah.

Kekurangan zat pada bayi boleh mengakibatkan pertumbuhannya semasa dalam kandungan terjejas, lalu meninggikan risiko kelahiran pramatang.

.

6)) Berat Bayi Lahir Kurang 2.5Kg

Berdasarkan input di atas tadi, sekiranya bayi dilahirkan secara pramatang, berat bayi cenderung menjadi kurang daripada 2.5kg.

Hal ini disebabkan kurangnya bekalan darah yang dipenuhi nutrisi dan oksigen kepada plasenta yang akan mempengaruhi berat janin.

.

7)) Bayi Lemas Kurang Oksigen

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang punyai HB rendah berisiko mengalami sesak nafas.

Ini kerana kandungan oksigen yang berada dalam darah bayi tidak mencukupi dan boleh menyebabkannya lemas.

.

8)) Bayi Mati Ketika Lahir

Kita tak mahu perkara sebegini berlaku, namun sekiranya Mommies tidak menjaga tahap HB dengan baik, ianya sangat merbahaya kepada bayi.

Kes paling teruk terjadi apabila keadaan HB rendah yang amat teruk ialah bayi mungkin mati apabila dilahirkan.


Sekarang Mommies fahamkan kenapa penting sangat-sangat untuk jaga HB dalam badan tu?

Tapi, Mommies janganlah risau.

Terdapat langkah-langkah yang amat baik untuk Mommies amalkan supaya dapat menjaga kadar HB Mommies.

Nak tahu tak macam mana cara terbaik untuk jaga HB?

Klik button di bawah ye 🙂

Nak Tahu Lebih Lanjut?

>>> Klik Sini Untuk Ketahui Langkah Jaga HB <<<

.

.

Kongsikan Kepada Lebih Ramai Mommies Lagi

.