Punca Keputihan Berdarah Yang Wanita Patut Tahu

Keputihan bagi seorang wanita sebenarnya bukanlah hal yang pelik. Hampir sebahagian besar wanita pernah mengalaminya terutama semasa datang period. Keputihan sebenarnya adalah keadaan dimana vagina seorang wanita mengeluarkan cairan/lendir yang berwarna putih hingga kehijauan.

Keadaan ini dianggap sebagai sesuatu yang normal bila cairan yang keluar berwarna putih, namun apabila keputihan berdarah atau berwarna kuning kehijauan dan berbau, tandanya keputihan ini sudah menjadi tanda adanya suatu penyakit atau jangkitan. Lebih-lebih lagi apabila cairan yang keluar ini mengeluarkan bau yang tidak sedap. Ini bermaksud anda harus segera memeriksa keadaan diri ke dengan merujuk kepada doktor atau pakar sakit kulit dan kelamin dengan melakukan pemeriksaan lebih lanjut.

Keputihan berdarah tidak membahayakan apabila darah yang keluar adalah daripada sisa haid. Ini bermaksud haid anda belum betul-betul berakhir. Namun apabila keluarnya darah bukan disebabkan oleh haid, ini mungkin simptom abnormal terhadap serviks atau vagina.

Kebiasaannya doktor akan mengambil sampel daripada cairan atau lendir yang berdarah tersebut, kemudian membuat analisis makmal. Ada banyak faktor berlakunya keputihan berdarah dan salah satu daripadanya ialah jangkitan kuman akibat daripada pemakaian pakaian yang kurang bersih ataupun akibat daripada perabot yang kotor dan kebiasannya terjadi apabila berada di tandas awam.

BACA: 12 Makanan Yang Baik Selepas Menjalani Pembedahan

Umumnya keputihan berdarah disebabkan oleh:

1. Terdapat jangkitan kulat Candida atau Monilia.

Kulat ini punyai tekstur yang kental, berwarna putih dan memiliki aroma yang kuat. Jangkitan kulat Candida menyebabkan kawasan kemaluan terasa gatal dan apabila ianya dalam jumlah yang besar, kulat ini mampu menimbulkan jangkitan yang menyebabkan keputihan berdarah.

2. Jangkitan virus HIV.

Virus HIV dapat menyebabkan timbulnya penyakit keputihan yang terus dan berlangsungan pada kadar yang lama. Jangkitan ini akan menyebabkan kanser rahim dan penyakit berbahaya lain apabila tidak ditangani dengan segera.

3. Gaya hidup.

Gaya hidup juga merupakan faktor utama terjadinya keputihan yang berdarah. Gaya hidup yang dimaksud adalah gaya hidup yang tidak sihat, misalnya sering berganti-ganti pasangan hidup, kurang menjaga kebersihan organ kewanitaan harian terutama setelah membuang air, tidak mengganti lampin dalam waktu yang lama.

Jangkitan ini dapat dicegah dengan menerapkan pola hidup sihat dan mengamalkan makanan sihat dan serta penuh gizi. Jangan membiasakan buang air di tempat yang kotor. Gantilah lampin setiap 2-3 jam sekali untuk menjaga kebersihan organ wanita anda.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *