Fakta Tentang Pengorbanan Seorang Ibu Saat Mula Hamil Hingga Bersalin

Saat ketahui diri sedang hamil, punya satu nyawa dalam perutnya, pastinya seorang ibu itu adalah manusia paling gembira sekali. Tanpa dia menghiraukan apa yang dia bakal tempuh pada 9 bulan 10 hari akan datang. Kerana cinta seorang ibu pada anak itu sangat kuat, dan itulah cinta paling IKHLAS di dunia! CINTA yang langsung tidak mengharap sebarang balasan — CINTA SEORANG IBU KEPADA ANAK.

40 minggu membawa satu nyawa lain bukanlah sesuatu yang mudah, malah ia sangat mencabar, sehingga kaum lelaki juga tiada punya kemampuan untuk berbuat demikian. Ini adalah fakta sebenar detik-detik yang ibu hamil harus lalui sepanjang tempoh kehamilan:

1. MUAL DAN MUNTAH

Pada 3 bulan pertama, kebiasaanya ibu hamil akan alami alahan, ada yang teruk, ada yang sederhana. Ada juga sesetengah ibu yang alami alahan sehingga ke saat hendak bersalin. Saat alahan ini sebenarnya amatlah menyeksakan. Makan, muntah. Makan, muntah. Apa yang lebih memilukan bila ada ibu yang admit wad kerana tidak boleh makan apa-apa makanan pun. Badan pun tiada tenaga.

2. MENAHAN KEINGINAN

Pastinya bila hamil, antara yang perlu dijaga sebaiknya ialah cara pemakanan. Ibu hamil tidak boleh mengambil sebarangan makanan. Antara makanan yang perlu dielakkan ialah makanan yang terlalu manis, makanan segera, makanan terlalu pedas, makanan bersifat tajam seperti nanas dan tebu, minuman berkarbonat dan banyak lagi. Kalau teringin makanan macam ni, telan air liur saja la. Semuanya demi memikirkan kesihatan si anak di dalam kandungan.

3. MENAHAN RASA GATAL KERANA STRETCHMARK

Bila perut semakin besar, kulit juga semakin menegang menyebabkan berlaku kegatalan di sekitar kawasan perut dan anggota badan lain. Jangan pelik la kalau tengok ibu hamil ni tergaru-garu. Rimas, tak selesa, ini semua apa yang ibu hamil perlu hadapi.

4. RAHIM MENGEMBANG

Saat bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali daripada ukuran normal untuk menampung kandungannya.

BACA: Mual Semasa Hamil? Ini 7 Cara Kurangkan Mual Yang Anda Perlu Tahu

5. MENAHAN SAKIT BERLIPAT KALI GANDA

Umumnya, badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sampai 45 Del (satuan untuk rasa sakit). Tetapi ketika bersalin, ibu akan merasakan sakit hingga 57 Del. Menurut para ahli, rasa sakit 57 Del setara dengan 20 tulang yang dipatahkan secara bersamaan.

6. KEHILANGAN BANYAK DARAH

Darah yang hilang ketika proses kelahiran normal adalah 500ml. Jumlah tersebut melebihi batas normal. Dengan keadaan ini, seorang ibu akan merasakan badannya lemah, pitam, bahkan ada yang sehingga tidak sedarkan diri selepas bersalin.

7. BABY BLUES SYNDROME

Sebanyak 80% wanita mengalami sindrom Baby Blues selama 2 minggu pertama setelah persalinan. Baby blues merupakan kondisi penyesuaian seorang ibu setelah melahirkan. Ibu akan merasa sedih, cemas, panik, emosi mudah terluka. Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon pada tubuh ibu. Sindrom ini jika tidak dirawat sejak awal boleh menyebabkan ibu meroyan selepas bersalin.

8. PECAH AIR KETUBAN AWAL

Bagi bayi, air ketuban berfungsi melindungi bayi dari trauma, menjaga suhu bayi, mempermudah pergerakan bayi, menghantarkan zat-zat penting untuk pertumbuhan bayi dan menghantarkan hormon untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Pada beberapa ibu hamil, ketuban mungkin saja pecah lebih awal. Ketuban pecah awal biasanya menyebabkan kelahiran prematur (bayi lahir sebelum waktunya). Namun, bagi sebahagian wanita lainnya, air ketuban mungkin juga tidak pecah. Bahkan, ada juga anak yang lahir di dalam kantung ketuban.

9. SELALU WAS-WAS

Hanya sejumlah 5% bayi yang lahir pada tanggal EDD (Estimated Due Date) atau hari perkiraan lahir. Kebanyakan bayi lahir antara minggu ke-37 dan 42 kehamilan. Keadaan seperti ini membuat calon ibu harus selalu bersedia saat bayi menunjukkan tanda-tanda untuk lahir.

10. KURANG TIDUR

Sejak kelahiran bayi, seorang ibu harus bekerja selama 24 jam penuh. Naluri seorang ibu ini apabila berehat sendirian pun masih memikirkan tentang si anak. Jadi, setiap hari si ibu akan sentiasa dalam keadaan letih.

Untuk para SUAMI, hargailah isteri anda yang bersusah payah mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriat keturunan anda. Sentiasalah ambil berat tentang kondisi si isteri. Bantu isteri dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga. Insya Allah rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan bahagia.

BACA: 10 Langkah Kehamilan Sihat

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *