Tips Pilih Daging Kambing Yang Baik Untuk Kesihatan

Ada sebahagian orang beranggapan bahawa memakan daging kambing dapat menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Namun ada pula yang menganggap bahawa pendapat sedemikian adalah tidaklah benar. Ini dapat dibuktikan kerana populasi manusia yang menyukai daging kambing amatlah ramai.

Kambing dipercayai memiliki khasiat yang dapat dimanfaatkan oleh badan manusia. Di wilayah yang memiliki suhu yang agak dingin, memakan kambing adalah sangat berguna kerana ia dapat menghangatkan badan. Namun, semua itu bergantung kepada cara daging itu disediakan serta jumlah pemakanan yang diambil. Jika kita terlalu mengambil daging kambing secara berlebihan, ia akan menimbulkan kolestrol yang banyak kerana terdapat lemak dalam dagingnya. Untuk itu, kita perlu memilih bahagian daging kambing yang rendah dengan lemak. Kambing tidak hanya dapat dimanfaatkan melalui dagingnya, malahan susunya juga mampu digunakan sebagai bahan-bahan kosmetik.

Kandungan Lemak Dan Kolestrol Dalam Daging Kambing

Pada dasarnya kandungan lemak dalam daging kambing memang sukar untuk dibuktikan. Hal itu terjadi kerana ianya sangat bergantung kepada cara kita menghadamnya.

Sekiranya kita memakannya secara berlebihan, risiko-risiko penyakit seperti kanser, sakit jantung, darah tinggi, batu karang, obesiti, penyakit buah pinggang dan pelbagai lagi boleh dihadapi. Disebabkan terdapat risiko-risiko seperti dinyatakan di atas, adalah lebih baik untuk kira mengambilnya pada kadar yang bersesuaian sahaja. Namun, tidak dilupa juga dengan kebaikannya. Manfaat yang kita dapat daripada daging kambing adalah seperti menambahkan tenaga, memperbaiki sel-sel rosak dan juga membantu dalam proses pertumbuhan badan.

Bahagian Daging Kambing Yang Sihat

Pemilihan daging kambing haruslah dibuat dengan teliti agar tidak mengambil bahagian yang boleh memberikan reaksi negatif pada badan. Pilihlah daging yang berkualiti, bahagian yang rendah dengan kolestrol, bahagian tulang yang dapat dimanfaatkan adalah serta tulang sumsum yang berguna untuk membantu meningkatkan zat tulang badan kita. Jangan memilih daging yang mengandungi banyak lemak, serta hindarilah daripada teknik memasak yang salah.

Kepelbagaian Daging Kambing

Ada banyak jenis masakan yang yang sesuai untuk daging kambing, namun yang penting, ianya harus tetap menyihatkan dan baik untuk tubuh. Antaranya ialah seperti stik daging  kambing yang disajikan dengan sos yang sihat. Menumis daging dengan tidak menggunakan lemak sedikit pun serta daging kambing yang dikukus tanpa ada tambahan minyak sedikit pun dalam proses memasaknya.

BACA: Kek Buah Kukus Lembab

Sumber: Peterparker

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *