5 Cara Mudah Bangun Pagi Dengan Gembira

Anda sering malas nak bangun pagi? Kalau dah bangun tu rasa nak tarik balik je selimut, padamkan setting jam loceng kat smartphone, kemudian sambung tidur sampai puas kan?

Baik, kami kongsikan 5 cara mudah supaya anda dapat bangun pagi dengan lebih gembira selepas ini.

BACA: 5 Rahsia Didik Anak Guna Cara Yahudi Yang Boleh Kita Contohi

1. Jangan tidur lewat.

Ini perkara wajib kalau nak bangun awal pagi dan rasa sihat gembira. Kena tidur awal, baru boleh bangun awal. Rata-rata manusia memerlukan 6-8 jam waktu tidur untuk dapatkan rehat yang cukup. Semakin lewat anda tidur pada waktu malam, makan semakin lewatlah untuk anda bangun pagi.

2. Elakkan tidur waktu siang dengan panjang.

Kadang-kadang kita berasa penat bekerja di siang hari, kemudian ambil masa sedikit di waktu lapang untuk tidur. Tidak apa untuk tidur sebelum zohor atau dipanggil Qailullah kerana ia merupakan sunnah nabi dan ia tidak mengambil masa panjang. Jikalau anda tidur siang dengan panjang, kebarangkalian untuk lelapkan mata waktu malam itu bakal menjadi sukar dan anda akan tidur lewat malam.

3. Niat bangun pagi awal sepenuh hati.

Sebelum tidur, cuba beritahu dekat diri sendiri, “kejutkan aku pada pukul ____pagi”. Nampak macam tak relevan, tapi kalau kita mengulanginya selalu, ia akan kekal berada dalam minda separa sedar dan kita akan terbangun sendirinya tanpa perlukan jam loceng pun. Tak percaya? Cubalah dulu ye.

4. Pasang jam loceng dengan betul.

Dua kesalahan penggunaan jam loceng

Satu, jam loceng diletak dibahagian telinga konon-kononya bunyi yang kuat dari jam loceng dapat mengejutkan anda. Tapi sebenarnya, anda menjadi lebih mudah untuk memadamkan bunyi jam loceng. Dab kebiasaan selepas memadamkan jam loceng, anda akan…..

Dua, penggunaan feature snooze dalam smartphone semasa setting jam loceng, iaitu menghentikan bunyi alarm untuk sementara waktu sebelum ia berbunyi semula. Kelebihan fungsi ini ialah anda mendapat waktu bonus beberapa minit sebelum betul-betul bangun dari tidur. Kalau diikutkan sebenarnya anda telah menjadikan badan anda semakin tidak sihat kerana kejap-kejap bangun, kejap-kejap tidur berulang kali. Kalau dah off snooze tu, anda akan…..

Jadi solusi terbaiknya ialah dengan meletakkan jam loceng tersebut jauh dari katil anda selepas anda selesai setkan masa untuk bangun pagi. Yang kedua, offkan fungsi snooze sebab ia memang tidak membantu anda bangun tepat pada masanya. Kalau tak berhasil juga, pasangkan jam loceng di bilik-bilik berbeza pada waktu yang sama. Ya, anda akan bangun. Pasti!

5. Terus bangun dengan segera.

Anda berjaya sahaja buka mata daripada lelap tidur, terus bangun dan menuju bilik air. Basuh segera muka anda dengan air. Ya, memang nikmat kalau dapat litup semula badan dengan selimut. Tapi percayalah, anda akan lebih gembira kalau berjaya melangkah ke bilik air.

Ini antara tips mudah tapi sukar untuk dilakukan oleh kita setiap pagi. Moga dengan 5 cara ini anda dapat bangun pagi dengan gembira.

BACA: 4 Kepentingan Gel Silika Yang Ramai Tidak Tahu

Klik Like Facebook Page kami.

Sumber: Albab Alpachino

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *